Kehidupan dan kerjaya Neera_Azizi

Nurazneera binti Azizi dilahirkan pada 11 Julai 1998 di Bandar Melaka, Melaka dan dibesarkan di Kuantan, Pahang.[5] Kakaknya, Nurazeera "Zeera" Azizi merupakan seorang penyanyi. Beliau mula mencapai kemasyhuran dalam kerjaya hiburan tanah air setelah dipilih menjayakan watak sebagai Dr. Anisa dalam drama adaptasi novel, Sayangku Kapten Mukhriz yang dibintangi oleh Raja Afiq dan Niena Baharun.[6]

Neera paling dikenali menerusi gandingannya bersama pelakon Singapura Erwin Dawson menerusi drama Miss Kapten Cikgu Waiz arahan M. Hitler Zami yang mana beliau memegang watak sebagai Khalisha. Untuk drama ini, beliau mempelajari sistem kokpit pesawat.[7] Beliau memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single terbaru, "Rasa Hati" hasil nukilan B-Heart.[8]

Beliau juga pernah muncul dalam muzik video "Menatap Dalam Mimpi" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan "Bulan Bintang" nyanyian Izzmad Harun.[2] Selain itu, Neera juga pernah dikatakan berwajah seiras usahawan kosmetik, Nur Sajat.[9] Neera merupakan penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.[10]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Neera_Azizi http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/neera-azizi-... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/neera-azizi-... http://www.utusan.com.my/hiburan/dikata-berwajah-n... http://www.utusan.com.my/hiburan/kecaman-tidak-gug... http://www.utusan.com.my/hiburan/neera-azizi-penyo... http://www.utusan.com.my/hiburan/neera-popular-ker... https://www.facebook.com/NeeraAzizi https://www.instagram.com/NeeraAzizi/ https://twitter.com/NeeraAzizi